Connect with us

WTF

Risau Muncul ‘Kluster Wartawan’, Petugas Media Pula Dikecam Tak Ikut SOP?

Setelah hampir dua bulan negara kita terpaksa menangguhkan solat Jumaat berjemaah di masjid, berikutan mematuhi Perintah Perlaksanaan Pergerakan (PKP) dalam menangani gejala Covid-19.

Semalam, merupakan solat Jumaat yang pertama diadakan selepas daripada PKP, justeru itu pihak media tidak melepaskan peluang untuk membuat liputan.

Takut ada kluster wartawan pulak

Akan tetapi, selepas tularnya foto memaparkan segerombolan petugas media yang membuat liputan di Masjid Negara semalam, mendatangkan pelbagai reaksi netizen.

Mana penjarakan sosial wartawan?

Ada dalam kalangan netizen mendakwa petugas media tidak mengikut SOP, iaitu penjarakkan sosial 1 meter, apabila dilihat mereka duduk berkumpul dalam satu ruang yang sama dengan jarak yang rapat.

Elakkan diri jadi sebahagian berita

Malah, Facebook Public Health Malaysia, juga turut mengeluarkan kenyataan meminta agar kesemua petugas media mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Memang benar petugas media memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita, namun diharapkan mereka semua dapat menjaga diri dengan baik serta mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber : Public Health Malaysia & Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending