Inspirasi
Risau Keselamatan Anak Jika Berlaku Kemalangan, Ibu Ini Cipta Cover Tali Pinggang Untuk Anak Istimewa

Setiap ibu bapa yang memiliki anak istimewa pastinya mempunyai kerisauan terhadap keselamatan mereka. Mana tidaknya, kekurangan mereka mungkin tidak disedari oleh orang awam, apatah lagi jika berlaku kemalangan atau insiden kepada ibu bapa.
Di Australia, seorang ibu Natalie Bell, telah mencipta satu kaedah untuk membantu pihak keselamatan sekiranya mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Natalie telah menghasilkan cover tali pinggang yang memberikan maklumat kesihatan anaknya Shea yang mempunyai masalah pendengaran kronik. Sebelum ini, Shea telah memakai implan koklea ataupun digelar sebagai telinga bionik.
Cover amaran perkhidmatan kecemasan untuk anaknya.
I am deaf. I have a cochlear implant. No MRI
Cover tali pinggang itu mempunyai tulisan yang tebal, malah maklumat yang ditulis sangat ringkas dan jelas dibaca.
Idea itu menjadi permintaan ramai!
Sejurus selepas memuat naik foto cover tali pinggang itu di laman Facebook, Natalie telah mendapat beribu permintaan daripada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. Berikutan mendapat permintaan yang tinggi, Bell telah membuka satu laman web perniagaan atas talian dengan menjual cover tali pinggang tersebut.
Bukan hanya untuk tali pinggang sahaja.
Cover ini telah direka dan disesuaikan mengikut kondisi kesihatan yang dihadapi individu tersebut. Menariknya, cover tersebut bukan sahaja boleh diletakkan pada tali pinggang, malah boleh dilampirkan sekali pada beg sekolah insan istimewa ini.
Kerisauan Natalie Bell ini telah memberi kesedaran betapa pentingnya maklumat terhadap kondisi anak-anak istimewa kepada orang awam. Diharapkan agar perkara ini tidak dipandang remeh mengenai penjagaan insan istimewa ini.
Sumber: Bored Panda.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit