Connect with us

Inspirasi

Risau Api Merebak Satu Kampung, Dua Remaja Bantu Pasukan Bomba Padam Kebakaran

Siapa sangka dengan kemahiran ilmu asas yang dimiliki, dua pelajar sekolah membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran rumah di Lorong Haji Sundu, Tawau dua hari lalu.

Remaja terbabit, Mohammad Azrian Kamaruddin dan Mohamad Fahdwe Syahputra Toni masing-masing memegang jawatan tertinggi dalam pasukan Kadet Bomba di SMK Tawau mencuri perhatian orang kampung ketika berlaku kejadian tersebut.

Menerusi temubual RTM, mereka yang bercita-cita menjadi anggota bomba itu mempunyai nekad membantu memadam kebakaran tersebut malah risau sekiranya api terus merebak yang boleh memusnahkan kediaman lain.

Difahamkan, dua sahabat itu juga pernah mewakili sekolah dan Tawau ke peringkat negeri selain meraih pelbagai kejayaan cemerlang sekaligus mengharumkan nama sekolah mereka.

Namun ketika dihubungi pemberita RTM, Ketua Zon JBPM Tawau, Sukur Hatta berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk pegawai pasukan kadet menyertai sebarang operasi memadam kebakaran sebenar.

Bagaimanapun, pihaknya berterima kasih atas keberanian dan memuji semangat remaja berkenaan yang turut terlibat bersama orang kampung dalam berganding bahu memadam kebakaran.

Sumber : BES TAWAUfm , Adam King

Continue Reading
Advertisement

Trending