Connect with us

Inspirasi

Rindu Solat Tarawih Di Masjid, Sonny Bill Williams Belajar Sirah Rasulullah Bersama Keluarga

Sejak penularan pandemik Covid-19, seluruh negara terpaksa menghentikan sementara segala aktiviti, termasuk masjid juga ditutup untuk mengelakkan orang ramai berkumpul melakukan solat berjemaah.

Buat bintang Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, yang telah hampir 10 tahun bergelar sebagai Muslim, meluahkan kerinduannya untuk melaksanakan solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan.

Rindu solat Tarawih di masjid

Namun tahun ini, momen sembahyang tarawih di masjid bersama semua saudara Islam, nampaknya mustahil untuk dilaksanakan buat masa sekarang.

https://twitter.com/SonnyBWilliams/status/1254505910636105731

Jangan berhenti dekatkan diri dengan Allah

Akan tetapi, meskipun tidak dapat bersolat di masjid seperti biasa, bagi Sonny ia bukanlah penghalang untuk umat Islam daripada terus mendekatkan diri kepada Allah.

Advertisement

“Tidak dapat menunaikan solat di masjid pastinya sangat sukar kepada semua tetapi insya-Allah ia tidak akan menghentikan kami daripada ‘berhubung’ dengan pencipta…”

Manfaat masa baca sirah Nabi Muhammad SAW

Dalam tempoh kuarantin ini, Sonny memanfaatkan masanya untuk mendalami ilmu agama dan membaca mengenai sirah Rasulullah.

Advertisement

https://twitter.com/SonnyBWilliams/status/1254507391208624134

Bangga rasanya melihat seorang ikon yang dikenali ramai, mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan menjadi teladan buat masyarakat lain.

Sumber : Sonny Bill Williams

Continue Reading
Advertisement

Trending