Connect with us

Cute

Rider Terbaring Disangka Jatuh Rupanya Tengah Syok Main Hujan Atas Jalan

Aktiviti berbasikal antara sukan yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sukan ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dengan sukan ini individu juga boleh menikmati keindahan alam.

Menerusi sebuah video yang telah dikongsi di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki berbasikal menaiki jalan yang berbukit. Dalam pada itu hujan lebat turun dan mereka akhirnya berhenti di tepi jalan memandangkan jalan licin dan dipenuhi air yang mengalir deras.

@nasrullahzakaria7Jenggg🌨#fyp #foryoupage#beautifulterengganu

♬ bunyi asal – ainlola – Ain Nasuha✨

Aksi salah seorang daripada kumpulan itu yang meniarap di jalan dan ‘menguak tangannya’ seolah-olah sedang berenang itu mengundang gelak tawa netizen yang terhibur dengan gelagatnya.

Advertisement

Beberapa orang penunggang basikal yang lain turut tidak melepaskan peluang bermain dengan air yang mengalir laju memandangkan jalan yang digunakan agak curam. Namun lelaki yang paling hadapan sekali kelihatan begitu ‘menikmati’ air hujan yang deras itu.

Member siapa ni tolong kutip

Gelagat mereka mencuri perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan aksi berenang itu dan turut meninggalkan komen yang bernada gurauan.

Berenang atas jalan

Sementara itu, video yang telah mendapat tontonan lebih 110 ribu itu dikatakan telah diambil di Bukit Panorama, Terengganu.

Sumber: TikTok @nasrullahzakaria7

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending