Connect with us

Infozon

‘Rider’ GrabFood Singapura Positif Covid-19, Akaun Digantung Sementara Dari Platform

Grab ialah sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi dan negara-negara Asia Tenggara.

GrabFood merupakan salah satu kemudahan yang disediakan untuk pengguna melakukan pesanan makanan. Akibat wabak Covid-19, lebih ramai yang menggunakannya kerana bimbang keluar rumah untuk membeli makanan.

Seorang penunggang GrabFood dari Singapura disahkan positif virus tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu, dia berada di Malaysia pada 26 Feb hingga 2 Mac dan menunjukkan simptom pada 3 Mac.

Dia telah menghadiri satu perjumpaan keagamaan di masjid dan pihak kementerian kemudiannya melaporkan beberapa kes yang berkaitan dengan perjumpaan tersebut.

Grab mengatakan bahawa mereka telah menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk butiran kes yang ke-199  itu supaya mereka dapat membantu dalam menjejaki orang yang telah berhubung dengan lelaki tersebut.

Advertisement

Mereka juga mengatakan mana-mana penghantaran makanan yang disahkan positif Covid-19 atau sesiapa yang dibawah Arahan Kuarantin atau Cuti Ketidakhadiran akan digantungkan daripada platform Grab.

Pengguna juga digalakkan untuk memberitahu kepada penghantar terlebih dahulu sekiranya ingin makanan mereka diletakkan di depan pintu atau d itempat lain untuk menghadkan daripada perhubungan.

Sumber: mothership

Continue Reading
Advertisement

Trending