Connect with us

Inspirasi

‘Rider’ Grabfood Buat Dua Kerja Tanggung Kos Rawatan Isteri, Maut Kemalangan

Berasal daripada Ipoh, seorang Seorang penghantar makanan Grabfood berusia 42 tahun dimaklumkan meninggal dunia dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori.

Mangsa, dikenali Phang Wei Sum, yang juga merupakan seorang kakitangan di syarikat kejuruteraan elektronik, menjana pendapatan sampingan dengan melakukan perkhidmatan Grabfood.

Buat dua kerja jaga isteri sakit & anak

Difahamkan, lelaki tersebut terpaksa bekerja demi menampung kos perubatan isterinya yang jatuh sakit sebulan yang lalu dan tidak dapat bekerja.

Seorang ayah & suami yang baik

Berita kematiannya diketahui selepas mula tular di media sosial. Menurut si isteri, suaminya merupakan seorang lelaki yang baik dan sanggup berkorban demi keselesaan keluarga.

“Dia merupakan seorang suami dan ayah yang tidak pernah merokok atau minum alkohol. Dia banyak membantu dalam keluarga…”

Dimaklumkan, pihak Grabfood telah menghubungi keluarga mangsa untuk memberikan bantuan dan sokongan. Mayat mangsa diberitahu akan dibawa ke Ipoh untuk disemadikan.

Sumber : The Straits Times

Continue Reading
Advertisement

Trending