Connect with us

Inspirasi

‘Rider’ Grab Hampir Pitam Atas Motor, Mujur Ada Pemandu Tolong Hantar Ke Rumah

Seorang lelaki Singapura, Kelvin Tay yang dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak seorang penghantar makanan Grab sedang tertunduk pada motosikal ketika menunggu lampu isyarat.

Menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena, Tay segera turun dari keretanya bagi melihat sama ada penunggang Grab itu memerlukan pertolongan atau tidak. Rupa-rupanya abang Grab tersebut dalam keadaan pucat dan sejuk!

“Penghantar makanan itu berkata dia sakit perut. Jadi saya terus membantu dan membawa motosikalnya ke tepi jalan.
“Saya ada menyuruh dia pulang ke rumah untuk berehat, tetapi penghantar makanan itu berkata dia perlu menghantar pesanan yang terakhir kepada pelanggan.
“Ketika saya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang (mengiring) dan membantu menghantar pesanan terakhir tersebut, barulah dia sanggup untuk pulang,” katanya.

On my way home after sending Kaleb to school, met this grab food rider who suddenly collapse with his bike…. Went down…

Posted by Kelvin Tay on Wednesday, June 3, 2020

Tay turut berpesan kepada warga Singapura agar bersikap lebih empati terhadap penghantar makanan apatah lagi mereka sangat bekerja keras ketika ini disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kadang kala kalau penunggang Grab sampai agak lewat untuk menghantar barang kita, mungkin tindakan mereka itu adalah tidak sengaja.
“Sekiranya anda berasa tidak sihat, ambil cuti dan rehat. Saya juga berharap agar pemuda itu kembali pulih,” ujarnya.

Posting tersebut menerima tanda suka sebanyak 7,800 kali dan lebih 5,000 perkongsian serta komen warganet yang memuji tindakan murni Tay dalam membantu penunggang Grab yang kurang sihat.

Sumber : Kelvin Tay

Continue Reading
Advertisement

Trending