Connect with us

Sponsored Content

Riangkan Aidilfitri dan rakam detik kegembiraan bersama keluarga dengan Vivo V15 & V15Pro

Bulan Ramadhan yang mulia ini bakal melabuhkan tirai. Tiba pula masa masyarakat muslim di Malaysia untuk raikan keriangan bersama keluarga di Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Bila dah bersama-sama dengan keluarga tercinta, mesti la nak rakamkan detik-detik indah tu kan?

Biasanya, kamera yang besar gedabak tu menjadi pilihan. Tapi kali ni, korang boleh rakamkan momen-momen indah hanya dengan menggunakan Vivo V15!

Raya lebih ceria dan bermakna dengan menggunakan Vivo V15 & V15Pro

Sekarang, korang boleh rakam setiap detik kebahagiaan bersama insan tersayang dengan telefon pintar. Mahukan gambar yang jelas dan cantik? Telefon pintar Vivo siri V15 dan V15Pro ada untuk membantu korang.

Ciri-ciri kamera berkualiti menghasilkan gambar yang jelas dan terang!

Kenapa perlu bersusah-payah untuk membeli kamera yang mahal sedangkan Vivo V15 dan V15Pro boleh menghasilkan gambar dengan kualiti yang serupa. Paling menarik, kamera hadapan dengan 32MP ini boleh dinaikkan tau!

Paparan skrin Ultra FullView pula menambahkan keluasan perspektif penglihatan. Barulah best untuk berswafoto bersama keluarga dan rakan-rakan sempena raya ni.

Kamera yang dilengkapi Triple AI, 8MP AI Super Wide-Angle, dan 5MP Depth membolehkan korang untuk rakam setiap detik keseronokan dengan lebih terang dan jelas. Nak bergambar pada waktu malam pun tak ada masalah tau.

Serlahkan keceriaan Hari Raya dengan keunikan V15 & V15Pro

Vivo V15 dan V15Pro juga didatangkan dengan pilihan warna yang menarik. Rona warna yang bercirikan futuristik akan membuatkan telefon pintar korang lebih menyerlah. Barulah matching dengan baju raya yang lip lap tu.

Selain itu, siri Vivo V15 dan V15Pro juga didatangkan dengan 8GB RAM dan 128GB kapisiti simpanan dengan bateri 4,000mAh yang tahan lebih lama. Jadi, korang tak perlu risau untuk bergambar berkali-kali, sepanjang hari.

Telefon pintar Vivo V15 dan V15Pro semestinya dapat memeriahkan lagi raya korang bersama ahli keluarga, sanak-saudara dan insan tersayang. Riang ria di hari raya dengan Vivo V15 dan V15Pro.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending