Inspirasi
Rezeki Tunai Umrah Terawal Norma Baharu, Rakyat Malaysia Luah Rasa Syukur

Selepas beberapa bulan dilanda wabak pandemik Covid-19, Tanah Suci Makkah akhirnya dibuka semula untuk umat Islam bagi menunaikan ibadah umrah.
Perkara tersebut pasti menggembirakan dan membuatkan individu yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah teruja bagi melaksanakan ibadah berkenaan.
Merasa jadi yang terawal
Itu yang dirasai seorang pengguna laman Twitter, Ahmad Najhan Hassim yang berkongsi posting mengenai pengalamannya ketika menunaikan umrah dalam keadaan norma baharu.
Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur dan teruja apabila terpilih untuk menjadi antara yang terawal bagi melakukan umrah bersama jemaah yang lain.
Alhamdulillah..selesai umrah norma baharu! Merasa menjadi yg terawal buat umrah utk hari pertama dibuka harini.. pic.twitter.com/NbBNl1reXr
— ᴺᴬᴶᴴᴬᴺ ᴴᴬˢˢᴵᴹ (@NajhanHassim91) October 4, 2020
“Alhamdulillah..selesai umrah norma baharu! Merasa menjadi yang terawal buat umrah untuk hari pertama dibuka harini,” katanya.
Jangan keliru! Umrah dibuka hanya untuk…
SOP Teratur
Memetik laporan Alhijrah Online, dia yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Jeddah berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.
Walau bagaimanapun, hanya tempoh maksimum tiga jam ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah umrah menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Haram agak singkat.
Ramai teruja
Perkongsian Najhan mendapat perhatian warganet yang lain dengan meninggalkan lebih 19,000 tanda suka serta lebih 6,800 ulang kicau sejak ia dimuat naik.
Rata-rata turut berkongsikan rasa teruja apabila melihat Tanah Suci kembali dipenuhi jemaah setelah sekian lama menyepi akibat pandemik tersebut sebelum ini.
Rindunyaa….
Doakan kami ke sana
Semoga lebih ramai individu diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali gus menunaikan hasrat mereka untuk menjadi tetamu Allah SWT.
Sumber: Alhijrah Online (Zaim Zamani) , Twitter @NajhanHassim91

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit