Connect with us

Infozon

Rezeki Pencari Besi Buruk Terjejas, Hanya Ada 2 Ekor Ikan Sebagai Bekalan Makanan

Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan keatas rakyat Malaysia semenjal 18 Mac 2020, sudah tentunya merencatkan aktiviti harian dan pencarian rezeki  orang ramai.

PKP yang sepatutnya ditamatkan pada 31 Mac 2020 kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sudah tentunya membuatkan sebilangan rakyat berasa gusar dengan punca mata pencarian mereka.

“Tinggal dua ekor ikan selayang untuk kami makan”

Senario ini yang dihadapi oleh Emilia Abdullah sejak PKP ini berlansung pada hari pertama lagi. Dia yang hanya bergantung hidup sebagai pencari besi buruk dan barang terpakai kini terputus mata pencariannya.

Menurut kata wanita berusia 47 tahun itu, kini mereka sekeluarga hanya memiliki dua ekor ikan selayang untuk dinikmati pada malam ini. Untuk hari seterusnya, dia hanya mampu berserah.

Hidup kais pagi makan pagi!

Dia yang menetap Kampung Tok Ku, Sering, Kota Bharu bersama suami dan dua orang anak lelaki dipenempatan PPRT, hanya memperolehi pendapatan sekitar RM15 sehari. Anak sulungnya berusia 20, hanya terlantar sakit akibat lemah saraf manakala suaminya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Dia yang menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kota Bharu, bersama suami, Nik Yusri Nik Abu Bakar, 48, dan dua anak, Nik Mohd Haikal, 12 serta Nik Mohd Firdaus, 20, yang terlantar akibat saraf lemah sejak tiga tahun lalu.

Kini dia hanya mampu berharap ihsan daripada jiran tetangga serta saudara mara yang menghulurkan bantuan bekalan makana;n untuk meneruskan kelansungan hidup mereka sekeluarga.

Sumber: Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending