Connect with us

Cute

Rezeki Jatuh Dari Langit, Durian Tembus Atap Masuk Ke Rumah

Siapa sangka ‘rezeki’ betul-betul jatuh dari langit. Itu yang terjadi apabila sebiji durian jatuh terus dari pokok lalu menembusi atap rumah lelaki ini.

@ery_rieymmg rzky tak sloh almat ✌️♬ original sound – • • – ;

Menerusi video yang berdurasi 19 saat itu, seorang lelaki menunjukkan atap rumahnya yang berlubang gara-gara dihempap oleh sebiji durian yang jatuh dari pokoknya.

Ternyata video pendek itu mendapat perhatian dan mengundang gelak tawa netizen. Sehingga kini video itu telah mendapat 630 ribu tontonan dan lebih 105 ribu likes.

Rezeki kalau kena kepala, Alhamdulillah

Netizen juga tak lepas meninggalkan gurauan dan lawak jenaka di ruangan komen dengan mengatakan lelaki itu benar-benar bernasib baik kerana tidak dihempap durian di atas kepala.

Advertisement

 

Boleh jual 1200 sebab cecah tikar bukan tanah

Terdapat juga netizen yang mencadangkan durian itu dijual dengan harga tinggi memandangkan baru-baru ini tular kisah durian jatuh atas kereta yang berjaya dijual dengan harga RM500.

Sumber: Tiktok @ery_riey

Continue Reading
Advertisement

Trending