Connect with us

Sosial

Remaja Usia 13 Tahun ‘Lauk’ Dipukul Orang Ramai Selepas Disyaki Berkelakuan Sumbang Dalam Kereta

CikKoin

Diterbitkan

pada

Kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki telah ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Menerusi video berdurasi 2:39 saat itu, kelihatan seorang remaja lelaki yang memakai baju t-shirt serta berseluar jeans membawa kereta perodua kancil kelihatan ketakutan sebaik sahaja ditahan  oleh sekumpulan lelaki berhampiran tepi jalan yang sunyi.

Dalam video yang telah dimuat naik di sebuah kumpulan di Telegram itu, memaparkan remaja tersebut cuba menghubungi seseorang sambil sekumpulan lelaki sedang memeriksa kenderaan yang dibawanya.

“Umur baru tingkatan satu, pandai buat kerja macam ni,” ujar salah seorang lelaki kepada remaja itu.

Berang dengan remaja tersebut, dua lelaki bertindak memukul, menyepak remaja itu lantas dia menangis keesakkan untuk menahan kesakitan yang dialaminya.

Malah, seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah pada ketika itu bertindak merampas telefon bimbit remaja tersebut dan menghubungi keluarga budak lelaki bawah umur itu bagi melaporkan kegiatan tidak senonoh yang dilakukannya.

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, ada segelintir netizen kurang senang dengan kekerasan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki itu terhadap remaja tersebut. Bahkan, ada netizen juga turut mengecam perbuatan remaja itu yang baru sahaja berusia 13 tahun.

Sumber: Telegram (Info Semasa Official)

Facebook Comments

Trending