Connect with us

Inspirasi

Remaja Kudung Ambil Diploma Jurusan Seni Bina Jadi Inspirasi Buat Rakan

Kekurangan yang ada yang pada diri bukanlah penghalang untuk buat seseorang untuk mengejar impian mereka. Hanya memerlukan semangat dan kecekalan yang kuat untuk menggapai cita-cita tersebut tanpa dipengaruhi oleh kata-kata orang sekeliling.

Zaman makin berubah, kini Orang Kelainan Upaya juga mampu buktikan yang mereka juga boleh berjaya dan setanding dengan insan-insan yang normal fizikalnya. Bahkan, tidak mustahil mereka mampu lebih berjaya dan bagus daripada orang biasa.

OKU bawa jurusan seni bina, mampu ke?

Di Twitter, seorang remaja OKU berkongsikan pengalamannya belajar dan mengejar impaiannya tanpa memperdulikan kata-kata orang sekeliling.

Pemuda istimewa ini dikatakan menuntut jurusan seni bina di institut pengajian dan lebih menarik lagi remaja ini mempunyai masalah pendengaran dan seorang yang kudung

“Ada kawan sekelas nak putus asa tapi…”

Malah, semagat dan kecekalannya juga telah membuatkan rakan sekelas yang hampir putus asa berjaya menamatkan pembelajaran dengan jayanya.

Kadang kala, insan yang kurang sempurna lebih kenal erti syukur dan kuat kegigihannya berbanding insan yang normal. Semoga kecekalan pemuda ini menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending