WTF
Remaja Berusia 17 Tahun Maut Akibat Terlampau Taksub Bermain ‘Game’

E-sport ataupun mobile game telah menjadi kegilaan, terutamana bagi kaum lelaki. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam, malah sanggup tidak keluar bilik hanya kerana bermain permainan terlampau ketagih dengan permainan video.
Satu berita telah dilaporkan, bahawa seorang remaja dijumpai tidak sedarkan diri dan meninggal dunia dalam biliknya sete;ah menghabiskan masa bermain dengan permainan video. Kejadian ini telah dipercayai berlaku dinegara seberang iaitu Thailand.
Main permainan video sepanjang malam
Remaja berkenaan dikenali sebagai Piyawat Harikun yang baru sahaja berusia 17 tahun, kini berada dalam fasa musim cuti persekolahan. Sepanjang cuti sekolah, Payawat dikatakan banyak menghabiskan waktu cutinya di dalam bilik dengan bermain permainan video menggunakan komputernya.
Gagal mengawal ketagihan!
Kata ibu bapanya, anak mereka mempunyai tabiat akan berjaga sepanjang malam, kemudian akan terus menghadap komputernya sehingga siang hari. Sehinggakan, mereka terpaksa membawa makanan ke dalam biliknya kerana dia tidak mahu meninggalkan permainan video tersebut.

Dijumpai sudah tidak sedarkan diri
Bapanya dikatakan telah menemui anaknya di dalam bilik, dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Payawat dikatakan jatuh dari kerusinya dan rebah ke lantai. Dia mencuba untuk membangunkan anaknya namun malangnya dia sudah tidak bernyawa.
Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa Payawat meninggal dunia akibat strok, yang merupakan kesan dari bermain komputer secara berterusan tanpa henti.
Dinasihatkan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau kegiatan anak mereka agar tidak terlampau bergantung dengan permainan video untuk mengisi masa lapang. Penuhi aktiviti anak-anak dengan kegiatan yang lebih sihat dan berfaedah.
Sumber: Sinar Harian,

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit