Inspirasi
Remaja Bantu Bapa Jual Kopi Tepi Jalan, Penat Cari Rezeki Sampai Tertidur

Seorang pemuda, Dodi Hidayatullah ada memuat naik video di aplikasi TikTok yang memberi motivasi dan kesedaran mengenai kepayahan hidup dalam mencari sesuap nasi.
Video yang telah tular di media sosial itu memaparkan seorang remaja sedang kepenatan dan tertidur di pinggir jalan sambil memegang barangan jualannya.
Tolong bapa untuk ringankan beban
@dodihidayatullahofficial Belajar ga Harus di Bangku Sekolah, Ini Belajar Dari Kehidupan. Part 1 #dodihidayatullah #fyp #tiktokberfaedah
Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Dodi berkata remaja berusia 15 tahun itu baru sahaja sebulan menetap di Kota Bandung.
Tambahnya lagi, remaja dipanggil Endra itu datang ke Bandung untuk membantu bapanya mencari rezeki yang menjual roti dan dia memilih untuk menjual air minuman kopi Sumantra dengan harga 4,000 rupiah.
Bawa makan bersama
@dodihidayatullahofficial Si Anak Pejuang Part 2. Berbuat baik tak harus menunggu, lakukan apa yg bs kau lakukan #dodihidayatullah #fyp #tiktokberfaedah
Menerusi perkongsian video kedua pula, selepas Dodi selesai bertemu rakannya dia kembali ke tempat remaja itu untuk mengajak makan.
Pada mulanya tawaran itu ditolak oleh remaja tersebut, namun dia akur sebelum mengikut Dodi makan tengahari bersama. Setibanya di kedai makan, remaja itu makan dengan begitu laju kerana kelaparan dan kepenatan mencari rezeki.
Di akhir video, dia mengucapkan terima kasih kepada Dodi kerana sanggup memberi makanan dan membeli kopi yang dijualnya itu.
Dodi juga sempat mendoakan agar Endra dalam keadaan yang baik-baik, menjadi anak yang soleh dan mampu meringankan beban keluarga.
Sumber: TikTok Dodi Hidayatullah

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit