Connect with us

Tech

Reka Bentuk Lebih Sporty, Perodua Alza 2022 Dapat Tempahan Tinggi Dari Orang Ramai

CikKoin

Diterbitkan

pada

Tampil dengan model yang baharu, Perodua Alza 2022 telah mendapat sambutan hangat oleh ramai dengan pengubahsuaian reka bentuk luaran yang lebih versatil dan ruang dalaman luas akan memberikan pemanduan lebih selesa  kepada pengguna.

Menurut kenyataan yang dikelurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model Alza 2022 telah mendapat lebih 30,000 tempahan awal selepas ia dilancarkan pada 23 Jun lalu.

Difahamkan, MPV tersebut menawarkan tiga jenis varian mengikut harga di pasaran seperti varian X dijual pada harga RM62,500, H pada harga RM68,000 dan AV berharga RM75,500 di Semenanjung Malaysia dengan tidak termasuk kos insuran serta cukai jualan.

Malah, ketiga-tiga varian tersebut akan menghasilkan output sebanyak 105hp dan 138 Nm tork dengan menggunakan kuasa enjin empat silinder 1.5 liter Dual VVT-i dan  platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) digunakan selepas Ativa yang berkongsi platform sama di bawah ‘Perodua Smart Build’.

Berkongsi dalam medium yang sama seperti Ativa di bawah Perodua Smart Build, penggunaan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) telah membuatkan luaran kereta itu lebih sporty di mata orang ramai.

Bukan itu sahaja, tiga mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), EPB (Electronic Parking Brake), Auto Brake HoldEco Idle (ciri standard untuk semua varian)kamera panaromik 360-darjah, enam-beg udara dan Advanced Safety Assist (ASA) terkini mengikut jenis varian turut disediakan.

Pembeli juga boleh memilih lima warna mengikut kesukaan iaitu Ivory WhiteGlittering Silver dan Elegant Black dengan dua warna khas Garnet Red dan Vintage Brown hanya terdapat pada jenis varian H dan AV.

Sumber: Vocket

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement

Trending