Connect with us

Inspirasi

Redah Lautan Jual Aiskrim, Semata2 Cari Rezeki Halal Buat Keluarga

Sebagai ketua dan juga tulang belakang buat keluarga tersayang, seorang ayah pastinya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan anak-anak dan isteri. Malah, ada yang sanggup membanting tulang dan memerah keringat mereka demi kesenangan hidup berkeluarga.

Lebih memilukan hati apabila seorang ayah itu sanggup membuang rasa takut dan malunya demi mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.

“Bayangkan ini ayah kamu…”

Sebuah posting yang telah dimuat naik dan dikongsikan oleh pengguna Facebook, pastinya bakal meluluhkan jiwa seorang insan yang bergelar anak. Posting berkenaan telah memuat naik gambar dan diselitkan cerita dibalik gambar tersebut.

Di Indonesia, gambar seorang lelaki yang dipertengahan telah tertular dengan meluas dan menyentuh hati yang melihatnya. Pakcik berkenaan dilihat menjual aiskrim untuk penumang-penumpang kapal demi menyara keluarganya.

 

 

Lakukan demi sesuap nasi

Lebih menyentuh hati, pakcik berkenaan sangup berenang meredah lautan untuk menjual aiskrimnya untuk penumpang-penumpang didalam kapal.

 

Tak hirau bahaya, asalkan aiskrim terjual

Disaat dia berenang menuju kapal-kapal yang dipenuhi penumpang, wajah pakcik berkenaan terlihat sangat gembira apabila aiskrimnya terjual. Setelah aiskrimnya terjual, dia kembali menyeberangi lautan dan berenang menuju ke kapal lain yang berada berdekatan perairan di situ.

Semoga pakcik berkenaan sentiasa dilindungi dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus oleh-Nya. Tabahnya hati seorang ayah mencari rezeki buat keluarga mereka sendiri.

Sumber: Caption Romantis.

Continue Reading
Advertisement

Trending