Infozon
Redah Api Selamatkan Tunang Kemalangan, Pramugari Masih Kritikal Di Hospital

Selalunya, madah-madah seperti ‘sanggup ku renang lautan api’ sering diucapkan dalam kalangan pasangan yang sedang hangat bercinta.
Tetapi, betul ke kalau kita mencintai seseorang, kita sanggup ‘membakar diri’ demi pasangan kita itu? Walhal, terkena sedikit api pun dah sakit, inikan pula mengorbankan diri meredah api yang sedang marak.
Agak mustahil, bukan? Namun, begitulah yang berlaku dalam kisah tragis ini.
Baru-baru ini, negara jiran kita, Singapura dikejutkan dengan berita kemalangan tragis yang meragut nyawa lima orang lelaki dan seorang wanita cedera parah, pada Sabtu lalu.
Berikutan itu, sebuah rakaman kamera litar pintas (CCTV) yang menunjukkan detik cemas ketika nahas berkenaan terjadi, telah menjadi tular di media sosial apabila ia turut memperlihatkan seorang wanita berlari ke arah kereta yang dijilat api berkenaan.
Menerusi rakaman tersebut, sebuah kereta BMW M4 berwarna putih dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat di atas jalan raya sebelum merempuh sebuah rumah kedai dan terbakar.
The Tanjong Pagar accident in Singapore captured by CCTV pic.twitter.com/gKfnvpG84c
— penanam anggur (@anthraxxxx) February 16, 2021
Namun, apa yang mengejutkan adalah dalam kira-kira dua puluh saat selepas kejadian, seorang wanita dilihat berlari ke arah kereta yang sedang terbakar itu dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak untuk menyelamatkan individu yang masih berada dalam kereta berkenaan.
Memetik laporan The Straits Times, sepuluh saat seterusnya, kelibatnya kelihatan semula apabila dia dilihat berlari ke arah beberapa rumah kedai yang terletak di arah bertentangan, namun dalam keadaan badannya dijilat api.
Difahamkan lagi, kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya, Jonathan Long, 29 dan turut dinaiki empat rakan lelaki berkenaan, Eugene Yap, 29; Elvin Tan, 28; Teo Qi Xiang, 26; dan Gary Wong, 29. Kesemuanya maut di tempat kejadian.
Jelaslah, demi cinta terhadap insan tersayang, wanita berkenaan sanggup berkorban dengan menggadaikan nyawa sendiri asalkan tunang serta rakan-rakannya selamat.
Hebat sungguh wanita itu, walaupun tahu perkara itu akan membahayakan nyawanya, dia dengan berani meredah ‘lautan api’ kerana tidak mahu melihat pasangannya berada dalam bahaya.
Siapa wanita tersebut?
Wanita berkenaan dikenali sebagai Raybe Oh, 26, yang merupakan seorang bekas pramugari berasal dari Johor, Malaysia. Kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura setelah dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya.
Terdahulu, pihak media Singapura melaporkan bahawa mereka telah menyemak enam klip video berhubung nahas itu yang dipercayai berlaku antara jam 5.24 pagi dan 5.50 pagi.
Pada awalnya, kereta BMW itu dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat.
Sumber: Harian Metro, The Straits Times

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit