Connect with us

Infozon

Rebus Daun Untuk Isi Perut Lapar, Yaman Hadapi Kemiskinan Akibat Perang

Terdapat beberapa negara di dunia ini mengalami krisis kemiskinan yang sangat daif seperti di Burundi, Liberia, Malawi dan Madagaskar,

Di wilayah Aslam, penduduk Yaman terpaksa mengisi perut dengan merebus daun yang diambil daripada pokok anggur untuk dijadikan makanan harian mereka.

Peperangan telah berlaku negara itu sejak tahun 2015 dan telah digambarkan sebagai ‘krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia’.

Negara itu telah jatuh miskin dan kini ditimpa dengan masalah kebuluran yang sangat teruk. 75 peratus daripada populasi itu memerlukan bantuan daripada orang luar.

Kebanyakan kanak-kanak kekurangan zat dan banyak keluarga yang tidak mampu untuk membeli susu dan ubat-ubatan. Jika mereka masih tidak dapat pertolongan, kemungkinan mereka akan menghadapi kematian.

Pegawai kesihatan tempatan berusaha untuk menyediakan bekalan secukupnya untuk penduduk sekitar dengan sumber yang ada di daerah Aslam.

Walaupun mendapat gelaran ‘krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia’ namun banyak perkara yang terjadi di Yaman disembunyikan daripada dunia luar.

Yaman akan menjadi negara paling miskin di dunia sekiranya konflik berterusan hingga 2022 dan ini akan menyebabkan 79 peratus populasi penduduk Yaman akan hidup dibawah garisan kemiskinan.

Sumber: ELITE READERS

Continue Reading
Advertisement

Trending