Connect with us

Infozon

Rebah Ketika Bertugas, ‘Frontliner’ Merayu Jangan Keluar Jika Tiada Urusan Penting

Kebanyakan sektor ekonomi Malaysia telah dibenarkan dibuka semula secara rasmi pada 4 Mei yang lalu. Walau bagaimanapun, kesemua premis diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat dan standard SOP yang ditetapkan sepanjang beroperasi.

Namun, kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan ini mendatangkan perasaan yang tidak senang buat sesetangah rakyat Malaysia. Pelbagai kemungkinan yang bermain dalam fikiran mereka antaranya adalah, didakwa wujudnya kluster baru dan jangkitan kes meningkat secara mendadak.

“6 orang teletubis putih tumbang termsuk aku…”

Di Facebook, seorang petugas berkongsikan mengenai keadaan dirinya tumbang selepas tersiksa panas memakai sut PPE yang mengakibatkan dirinya terkena heat stroke.

Menjadi lebih mencabar, sudah 6 orang rakan sekerjanya yang lain turut rebah akibat kepanasan.

Dia juga merayu kepada orang ramai agar tidak keluar rumah jika tiada urusan yang penting walaupun hakikatnya sudah diberi pelbagai kelonggaran oleh kerajaan.

Disaat ini, rakyat Malaysia diseru untuk meningkatkan disiplin terutamanya mengamalkan penjarakan sosial di tempat-tempat awam dan menjiwai normal baharu sebagai usaha menyeluruh untuk membendung penularan COVID-19.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending