Connect with us

Inspirasi

Rebah Secara Tiba2, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Khusyuk Imamkan Solat Tarawih

Sesungguhnya sebagai umat Islam, sudah tentu setiap dari kita menginginkan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah saat dijemput bertemu Allah SWT di negeri abadi. Begitulah seperti kisah seorang lelaki Indonesia ini.

Baru-baru ini media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang mengimamkan solat tarawih di sebuah masjid Surabaya, Indonesia.

Berita tersebut disampaikan oleh akaun Instagram @generasi_muda_nu_official menerusi sekeping gambar beserta kapsyen menerangkan perihal kejadian.

Jasad terbujur kaku di ruang solat

Dalam gambar itu, dilihat lelaki berkenaan sedang terbaring sambil memakai kemeja batik berlengan panjang dan kain pelekat berwarna hijau. Tangannya pula dilihat berada di atas perut seakan masih menunaikan solat.

Difahamkan lagi menurut saksi, lelaki bernama Chadisin itu dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika mengimamkan solat Tarawih.

Memetik laporan Tribunnews, para jemaah cuba memberi bantuan pernafasan kepada lelaki tersebut namun tidak berjaya dan Chadisin disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Keluarga Besar Generasi Muda NU turut berduka atas wafatnya Sahabat Ustadz Chadisin ketika beliau menjadi imam solat Tarawih. Husnul Khatimah. Al-Fatihah,” tulis akaun itu di ruangan kapsyen.

Semoga husnul khatimah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Chadisin ditempatkan dalam kalangan orang beriman kerana meninggal dunia ketika sedang mengimamkan solat.

Kematian yang didambakan

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un

Kematian yang indah

Innalillahi wa inna ilaiihi roji’un.

Sumber: Tribun News, Instagram @generasi_muda_nu_official

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending