Connect with us

WTF

Rayu Supaya Diselamatkan, Orang Gaji Disimbah Minyak Panas & Disiksa Dengan Kejam

Ramai yang membuat keputusan mengambil orang gaji ataupun pembantu rumah sebagai salah satu cara untuk meringankan kerja rumah mereka setelah seharian bekerja.

Namun, ramai yang masih salah anggap dengan menganggap dan melayan orang gaji ini seperti hamba abdi mereka. Sehinggakan, banyak kes penderaan yang terjadi terhadap golongan pembantu rumah ini.

Didera, disimbah minyak panas!

Seorang pembantu rumah warga Bangladesh, merayu meminta pertolongan dan menyatakan bahawa majikannya sering kali melakukan penderaan keatas dirinya. Orang gaji berkenaan dikatakan telah disimbah dengan minyak panas, dikurung selama 15 hari dan menderanya secara seksual.

Tangannya juga cedera parah akibat dituang oleh majikannya dengan minyak yang sedang menggelegak panas.

Sering tak diberi makan, dibiar kebuluran

Jelasnya lagi, dia sering kali dibiar kelaparan dan kebuluran oleh majikannya itu. Majikannya yang merupakan rakyat Saudi itu sering kali membuat sedemikian hampir setiap minggu.

 

“Saya tak rasa saya akan hidup…”

Pembantu rumah wanita berkenaan telah merakam sebuah video dan dilihat meronta-ronta meminta bantuan untuk selamatkan diri serta tolong menghantarnya pulang kembali ke negara asalnya.

Ahli keluarga turut mogok dan bantah!

Video wanita serta merta tular dan telah dapat pengetahuan keluarga serta seluruh warga Bangladesh. Ramai yang berasa kesal dan marah dengan tindakan majikan wanita terbabit.

Ahli keluarga rata-ratanya membuat bantahan, mogok serta merayu kepada kerajaan agar anak mereka diselamatkan dan dibawa pulang semula kepada mereka.

Sumber: Mirror.UK

Continue Reading
Advertisement

Trending