Connect with us

WOW

Ratusan Tentera AS Melutut & Berdoa, Dipercayai Tak Mahu Lagi Berperang?

Selepas serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat (AS) di Iran baru-baru ini, sebuah video tular di laman Facebook yang menampakkan ratusan tentera negara itu mengadakan sesi berdoa.

Kapsyen posting itu berkata, kumpulan tentera AS dikatakan mahu menghentikan peperangan sebelum diterbangkan ke Timur Tengah setelah Iran mengibarkan ‘bendera merah’ sebagai simbolik membalas dendam.

https://www.facebook.com/Moralesnosu/videos/582132259277858/

Menerusi rakaman video berdurasi seminit itu, kelihatan mereka ada yang melutut dan menundukkan muka serta menyembah lantai sambil menghayati alunan muzik.

Dengan penuh penghayataan, segelintir mereka sebak dan menangis malah mengesat air mata yang jatuh berguguran memikirkan negara tercinta.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi mengenai kesahihan video berkenaan yang mungkin upacara dilakukan untuk perkara lain.

Terdahulu, komander kanan Iran iaitu Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan tersebut lalu menyebabkan penduduk Iran berhimpun bagi menuntut pembelaan.

Sumber : Facebook 

Continue Reading
Advertisement

Trending