Infozon
Ratusan ‘Orang Kita’ Dah Kerja Di Pasar, Lepasan Universiti Pun Hadir Temuduga

Kesan pandemik Covid-19 sejak beberapa bulan lalu, situasi ekonomi seluruh dunia semakin lumpuh malah setiap pekerja disaran untuk terus gigih bekerja bagi syarikat masing-masing.
Seperti segelintir rakyat tempatan, mereka tidak memilih pekerjaan sebaliknya kira-kira 100 orang sanggup menunggu kekosongan kerja di pasar borong Selayang.
Gambar sekadar hiasan
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pasar Borong Harian Selayang, Mohamad Pandu Insan Yahya berkata, pihaknya menguruskan lebih 20 permohonan sehari sejak kerajaan menetapkan tidak mengambil pekerja asing untuk bekerja di situ.
Menurut Mohamad Pandu, beliau anggarkan seramai 400 orang tempatan telah mula bekerja sebelum Aidilfitri lalu selain menerima 10 panggilan dalam sehari yang menanyakan mengenai kekosongan kerja.
“Kita bantu memberikan maklumat jawatan kosong dan ada yang kita temuduga dan padankan dengan keosongan yang ada,” katanya menerusi laporan BH Online.
Gambar sekadar hiasan
Mohamad Pandu turut menjelaskan dakwaan berkaitan pembayaran potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain kegagalan majikan menyediakan potongan KWSP menyebabkan orang tempatan tidak berminat untuk bekerja.
“Tidak timbul isu majikan tidak mahu bayar KWSP atau sebagainya. Saya kira sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ramai yang memerlukan kerja kerana sesetengah syarikat terpaksa menutup operasi.
“Untuk meneruskan hidup, saya kira orang Malaysia sudah tidak memilih kerja, mereka sanggup bekerja asalkan mendapat gaji untuk meneruskan kehidupan.
“Ramai yang datang dalam kalangan belia, malah ada yang ditemuduga adalah lepasan institusi pengajian tinggi. Saya diberitahu mereka sanggup bekerja sementara menunggu keadaan ekonomi pulih dan sektor pekerjaan yang lain di buka semula,” ujarnya.
Gambar sekadar hiasan
Tambah beliau, lebih 30 orang akan mula bekerja pada setiap hari membabitkan pelbagai bangsa, tidak kira warga emas ataupun golongan belia.
Sumber : Rohaniza Idris (BH Online)

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit