Connect with us

Inspirasi

Rambut Lambat Kering, ‘Frontliner’ Covid-19 Botakkan Kepala Sebab Sibuk Urus Pesakit

Petugas kesihatan ketika ini dilihat begitu sibuk dan terpaksa bekerja lebih daripada kebiasaannya disebabkan wabak Covid-19 yang sedang teruk menular di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Pelbagai kisah pengorbanan petugas kesihatan terutamanya ‘frontliner’ atau barisan hadapan yang menangani Covid-19. Ada antara mereka tidak sempat pulang kerumah untuk berehat dan ada juga yang takut bertemu keluarga kerana bimbang menjadi ejen penyebaran Covid-19 secara tidak sengaja.

Perjalanan sebagai frontliner Covid-19

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dia telah berkongsi keadaan yang dihadapi ketika ini.

Faiqah Nastasha telah memberitahu bahawa dia terpaksa membersihkan diri lebih daripada 5 kali sehari kerana risau akan berlaku sebarang jangkitan seusai merawat pesakit.

Potong rambut demi tugas

Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan dengan menggunting sahaja rambut bagi memudahkan ia kering dan mengelakkan kelewatan daripada bertugas.

Ada suami & anak2 yang sangat positif

Namun penat lelahnya sedikit terubat apabila pulang ke rumah, suami dan anak-anak memberikan kata semangat dan membuatkanya lega.

Sehubungan dengan perkongsian penuh dedikasi doktor muda itu, dapat kita lihat betapa bekerja kerasnya para barisan hadapan dalam menangani masalah Covid-19 ini.

Mereka berkorban tenaga dan masa bersama keluarga demi keselamatan semua. Oleh itu, kita hendaklah sama-sama membantu manangani Covid-19 ini dengan cara mengikut arahan dan sentiasa peka dengan peringatan-peringatan yang telah disarankan.

Sumber : Faiqah Nastasha

Continue Reading
Advertisement

Trending