Connect with us

Inspirasi

Rambut Kawan Gugur Sebab Kanser, Tukang Gunting Cukur Kepala Sendiri Tanda ‘Support’

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang tukang gunting rambut mencukur kepalanya sendiri sebagai tanda menyokong perjuangan rakannya yang menghidap kanser.

Menurut laporan survivornet, rakaman video berdurasi hampir seminit itu dikongsi Neftali Martin @neftabarber di platform TikTok dimana dia kini sedang menjalani rawatan kemoterapi.

@neftabarber

#noestassolo #cancer #amigosforever #barbero #barber #viral #life @imjooeel @lordsandbarbers

♬ Love Is Gone – 女王Music

Kesan sampingan daripada rawatan tersebut, Martin mengalami keguguran rambut sebelum dicukur oleh rakannya Joel Ortega di premis mereka di Alicante, Sepanyol.

Dia yang pada mulanya sekadar merakam untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ pada rambutnya tiba-tiba kelihatan sebak ketika Ortega mula mencukur kepala sendiri.

Selain itu, Martin turut berkongsi video berkenaan di Instagram miliknya dengan meluahkan perasaan terharu terhadap tindakan luar biasa rakannya itu.

“Awak tidak keseorangan. Itu kata-kata rakan sekerja saya sebaik sahaja dia mencukur kepalanya. Dia turut memberitahu saya bahawa dia akan terus mencukur sehingga rambut saya kembali tumbuh.
“Bagi mereka yang tidak mengenalnya, @imjooeel bukan hanya rakan sekerja, dia juga seperti abang saya sendiri. Saya sayang awak!,” tulisnya.

Rata-rata warganet turut berkongsi rasa terharu selepas menonton momen berharga itu dan memuji persahabatan serta kasih sayang kedua-dua lelaki tersebut yang saling menyokong antara satu sama lain.

Sumber: survivornet , TikTok @neftabarber

Continue Reading
Advertisement

Trending