Connect with us

Infozon

Ramai tidak tahu makan tembikai sebenarnya boleh bantu kurangkan berat badan

Pada musim panas dan kering, tembikai semestinya menjadi pilihan sesiapa saja terutamanya apabila mereka membuka peti sejuk. Ini kerana tembikai sebenarnya mengandungi 92% air. Saya yakin ini adalah salah satu sebab utama mengapa tembikai perlu sentiasa ada pada musim panas kerana apabila kita berpeluh pada musim panas, ia akan menyebabkan kita mengalami dehidrasi. Selain mempunyai kandungan air yang banyak, tembikai juga mengandungi kandungan pelbagai nutrient lain seperti vitamin, mineral, asid amino, antioksidan, dan ‘phytonutrients’.

1. Mengawal tekanan darah dan menyihatkan jantung

Tekanan darah tinggi merupakan punca utama mengapa orang ramai menghidapi penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, serangan jantung, strok, dan penyakit buah pinggang. Kandungan tembikai yang mengandungi ‘citrulline’ dan ‘arginine’ mampu membantu badan anda dalam memproses dan menghasilkan nitrik oksida (NO). NO adalah gas yang menyebabkan otot di sekitar saluran darah badan untuk berehat dan membesar.

Ia juga membantu dalam arteri menjadi lebih fleksibel, yang sistem pengaliran darah menjadi lebih mudah, seterusnya menjadikan tekanan darah kita berkurangan. Berdasarkan kajian tersebut, para saintis percaya bahawa citrulline dalam tembikai mampu menurunkan kolesterol, serta mengurangkan kolesterol yang tidak baik, serta melawan pertambahan berat badan. Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam ‘American Journal of Hypertension’ membuktikan bahawa ekstrak tembikai mengurangkan tekanan darah dan juga tekanan darah tinggi di kalangan orang dewasa yang mengalami masalah obesiti. Mengurangkan tekanan darah tinggi juga bermakna bahawa mengurangkan semua risiko bagi penyakit jantung.

2. Mengawal kadar gula dalam darah

Kita tahu bahawa badan kita memerlukan hormon insulin untuk membantu mengawal tahap gula dalam darah kita. Diabetis terdiri daripada dua situasi iaitu, apabila badan menghasilkan insulin, tetapi sel-sel tidak akan melakukan kerja mereka; dan menjadi rintangan kepada kadar insulin yang dimaksudkan untuk bekerja. Oleh kerana itu, ia menjadi sangat sukar untuk mengekalkan tahap gula dalam darah supaya ia stabil dan membawa kepada paras glukosa yang tinggi dan obesiti. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mengaitkan arginine dalam tembikai mengakibatkan rintangan insulin berkurangan, yang bermakna lebih mudah untuk badan untuk menggunakan insulin dengan bantuan arginine yang dijumpai di dalam tembikai.

3. Melegakan sakit otot

Jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan anda di gymnasium atau mungkin anda bercadang untuk melakukan larian, sudah pasti anda sedang terbayang-bayang kesakitan pada otot selepas aktiviti-aktiviti tersebut.

Walaubagaimanapun, adakah anda tahu bahawa tembikai sebenarnya boleh membantu otot anda berasa lebih baik selepas senaman yang hebat? Menurut satu kajian, citrulline dan arginine yang terdapat dalam jus tembikai dapat membantu meningkatkan peredaran dalam atlet selepas menhadapi satu latihan yang hebat.

Selain itu, para penyelidik mendapati bahawa minum jus tembikai terlebih dahulu membantu mengurangkan kesakitan otot pada hari berikutnya. Satu kajian yang lain juga mendapati bahawa apabila arginine dan citrulline diambil bersama, ia mampu meningkatkan prestasi semasa senaman.

4. Melawan keradangan

Terdapat berjuta ‘lycopene’ iaitu antioksidan di dalam tembikai. Lycopene sememangnya terkenal dengan ciri-ciri anti-radang yang luar biasa. Keradangan tidak hanya berlaku apabila anda mengalami artritis. Anda juga boleh mempunyai keradangan sistemik, yang menjejaskan lebih banyak daripada sendi anda. Lycopene berfungsi untuk melindungi badan anda daripada kerosakan sel dan melawan radikal bebas. Tembikai juga mengandungi ‘cucurbitacin E’, iaitu sejenis sebatian yang mengurangkan kesakitan dan keradangan yang menyebabkan enzim. Ia berfungsi untuk menghalang enzim tertentu seperti aspirin dan ‘ibuprofen’.

5. Meningkatkan sistem pencernaan dan menghalang batu karang

Gula dalam tembikai mampu memberikan anda rangsangan mental dengan cepat, dan mengekalkan air dalam badan anda. Tembikai mengandungi serat pemakanan untuk kesihatan pencernaan serta kalium, mineral yang membantu mengekalkan tekanan darah supaya stabil.

Tetapi kalium dalam tembikai juga benar-benar baik untuk menghapuskan toksin dan membersihkan sisa daripada darah kita. Jika badan anda tidak dapat membersihkan toksin ini, ia akan kekal pada buah pinggang dan boleh membawa kepada kepekatan asik urik yang lebih tinggi dalam darah kita, yang boleh mewujudkan batu karang. Oleh kerana tembikai adalah diuretik semulajadi, ia adalah perkara biasa untuk berasa seperti anda mempunyai kencing lebih daripada biasa.

Namun, ia merupakan satu perkara yang baik untuk tubuh badan anda. Setiap kali anda menggunakan tandas, anda akan menghapuskan bahan buangan dari badan anda dan membantu ia keluar daripada buah pinggang anda. Tembikai adalah cara yang selamat dan berkesan untuk menghilangkan tekanan pada buah pinggang anda.

6. Mencantikkan Kulit

Setiap individu tahu bahawa kelembapan kulit adalah penting untuk mendapatkan kulit dan rambut yang sihat, tetapi adakah anda tahu bahawa vitamin A dan C juga akan membantu mencantikkan kulit anda? Terdapat kira-kira 18% vitamin A dalam satu hidangan tembikai, dan 21% daripada vitamin C.

Vitamin tersebut adalah penting kerana ia membantu melembapkan kulit dan rambut anda serta membina dan mengekalkan kolagen, yang menjadikan kulit anda kelihatan licin dan lembut. Vitamin A mempunyai struktur molekul yang cukup kecil untuk masuk ke dalam lapisan bawah kulit, yang mana ia terdapat kolagen dan elastin. Oleh yang demikian, ia membantu dalam melembapkan kulit secara mendalam untuk melawan garis-garis halus dan kedutan serta memperbaiki tekstur sebenar kulit anda.

Vitamin C berfungsi serentak dengan vitamin A dengan membina dan mengekalkan tahap kolagen kita yang menjadikan struktur kepada kulit dan rambut. Makanan yang kaya dengan vitamin C memberikan perlindungan dari kerosakan yang disebabkan oleh pancaran matahari dan mencerahkan bintik kulit gelap. Selain itu, tembikai juga bertindak sebagai anti-radang dan antioksidan, iaitu mengurangkan bengkak dan jangkitan pada kulit.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending