Connect with us

Infozon

Ramai Tidak Tahu Kulit Telur Sebenarnya Kaya Dengan Kalsium dan Boleh Dimakan

Kenapa perlu buang kulit telur ayam sedangkan anda boleh makan ia setiap hari? Setiap tahun, kilang makanan di Amerika Syarikat telah menghasilkan sebanyak 150,000 tan kulit telur ayam.

Kebanyakkan pengguna selalu membuang kulit telur ayam kerana menyangkakan ia tidak boleh dimakan. Daripada membazir kulit telur anda, mengapa anda tidak memakan ia sahaja seperti makanan lain?

Pelik tapi ia benar. Kulit telur ayam sebenarnya boleh dimakan dan ia kaya dengan sumber kalsium. Sebanyak 95% kalsium karbonat (calcium carbonate) terdapat pada sebiji telur ayam.

Sebiji telur ayam, dianggarkan mengandungi sebanyak 2 gram kalsium (calcium), di mana dua hingga empat kali sehari disarankan untuk seseorang itu mengambilnya.

Sebelum itu, anda dilarang untuk memakan kulit telur ayam secara kasar (raw). Untuk pertama kali yang beranggap kulit telur boleh di makan dan ingin mencubanya, anda boleh ikut langkah cara memakan kulit telur dengan betul.

Cara-cara makan kulit telur ayam:

1: Rebuskan kulit telur ayam bagi membunuh bakteria dan mencuci ia daripada kotoran.

2: Selepas itu, bakar kulit telur ayam pada suhu 200′ F, selama 10 hingga 15 minit.

 

3: Akhir sekali, kisar kulit telur ayam tersebut sehingga menjadi serbuk hancur.

 

Kulit telur ayam merupakan sumber kalsium tinggi yang boleh anda perolehi dengan begitu mudah dan ia telah terbukti boleh mengurangkan kesakitan serta tulang yang hilang pada wanita yang mengalami senile osteoporosis.

Dengan serbuk kulit telur ayam tersebut, anda boleh makan ia dengan cara mencampurkan serbuk tersebut di dalam resipi makanan yang anda sukai.

Antaranya, anda boleh campur ia di dalam doh pizza, roti dan spaghetti .

Tetapi anda perlu berhati-hati! Terlalu banyak mengambil kalsium boleh mendatangkan bahaya kepada diri anda juga. Secara teknikal, golongan dewasa perlukan kalsium tidak lebih dari 1 gram sehari.

Sumber: Maskulin

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending