Connect with us

Inspirasi

Ramai Tersentuh, Pasangan Warga Emas Sedang Terbaring Bergurau Mesra Bersama

Setiap pasangan sama ada sudah berkahwin ataupun sedang bercinta, pastinya mengingin hubungan bahagia sehingga ke akhir hanyat. Tetapi, tidak semua pasangan bertuah merasai detik tersebut kerana ada yang terpaksa terpisah ditengah jalan, ataupun ditakdirkan telah pergi dulu menghadap sang penciptanya.

Sehingga kini, sebuah video pasangan warga emas sedang bergurau mesra bersama masih lagi menjadi bualan ramai pengguna media sosial dan juga tular serta merta.

“Pasangan abadi…”

Dalam video tersebut, telah memaparkan sepasangan suami isteri yang lanjut usia, dilihat sedang berbaring bersebelahan sambil bergurau senda bersama. Ramai yang tersentuh emosi dan pada masa yang sama, kagum dengan kemesraan pasangan warga emas ini.

https://www.facebook.com/Videoviral19/videos/674544633045295/?v=674544633045295

“Semoga boleh jadi macam ni suatu hari nanti…”

Melihat kemesraan yang telah ditonjolkan oleh kedua-duanya, sehingga kini video tersebut telah menerima hampir lebih 7,600 komen dan juga lebih 11 juta tontonan.

“Mudahan2 kita sentiasa macam ni…”

Kasih sayang abadi!

Ramai yang tag pasangan masing!

Ada juga yang menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi kebahagian mereka dalam berumah tangga. Walaupun kesahihan serta maklumat lanjut mengenai video ini tidak dapat dikenal pasti, tetapi sememangnya pasangan ini telah memberikan satu contoh yang baik kepada semua orang.

Tidak boleh disangkal, semenangnya perkara ini perlu dijadikan sebagai contoh dan juga ikutkan kepada para pasangan suami isteri diluar sana.

Sumber: Video viral.

Continue Reading
Advertisement

Trending