Connect with us

WOW

Ramai Terpesona, Wajah Mak & Anak Gadis Sama Cantik Bikin Teruja

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak nasi adalah antara ungkapan yang melambangkan sifat ataupun keperibadian ibu atau bapa yang diwarisi oleh anak mereka. Raut wajah, perilaku malah keperibadian seseorang itu pastinya diperolehi daripada ibu bapa mereka sendiri.

Seakan-akan menjadi trend di Twitter, para pengguna laman berkenaan akan memuat naik gambar bersama-sama ibu atau bapa mereka. Hal ini turut dilakukan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Adrianaa dan sekaligus meraih perhatian ramai setelah memaparkan wajah jelita ibunya.

Ibu dan anak sama-sama cantik!

Gadis ini telah memuat naik sekeping foto ibu dan dirinya sendiri berserta kasyen “The mother the daughter”. Tanpa disangka-sangka wajah ibu dan anak ini menjadi bualan hangat apabila kecantikan mereka menjadi pujian ibarat sama cantik sama padan.

Kepingan foto ini kemudiannya meraih hampir 7,5000 ulang kicau dan 46,400 tanda suka oleh netizen

Kecantikan ibu anak jadi bualan ramai!

Jadi, tidak hairanlah jika ruangan komen penuh dengan kata-kata pujian terhadap kecantikan yang dimiliki oleh ibu dan juga gadis berkenaan.

Mak dengan anak sama cantik!

Ramai juga tanya rahsia awet muda emaknya…

Kecantikan ibu dan anak ini sememangnya diakui, jadi tidak hairanlah mereka ini menjadi perhatian dan mempersonakan ramai pihak.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending