Connect with us

Cute

Ramai Terharu, Atok Gigih Naik Teksi Demi Beli Sejambak Bunga & Kek Untuk Isteri

Bagi pasangan yang telah berkahwin, pastinya mengingin rasa bahagia dan juga dihargai oleh pasangan mereka walaupun sudah berada dilanjut usia.

Dalam tak sedar, ramai yang tidak lagi berkelakuan dan seromantis seperti zaman mereka dilamun cinta dengan pasangan masing-masing.

Sejambak bunga dan kek ditangan…

Namun, perkara ini telah dibuktikan oleh seorang lelaki yang tua, dikatakan telah membeli sejambak bunga mawar merah dan sebuah kek buat isterinya.

Perkara ini telah disaksikan sendiri oleh seorang orang penumpang teksi dan berkongsikan gambarnya melalui laman Twitter.

Walaupun kesahihan tentang perkara ini masih agak kabur, namun keikhlasan dijawab lelaki berkenaan sangat terserlah dari segi perlakuannya. Dia dilihat memegang erat kek dan juga bunga berkenaan, ketika sedang duduk di dalam teksi berkenaan.

Usaha dipuji oleh ramai!

Sehingga kini, gambar pakcik berkenaan telah mendapat perhatian dan hampir raih 42,900 ulang kicau dan juga lebih 102, 900 tanda suka oleh warga Twitter.

Diruangan komen, ramai dilihat memuji usaha dan kesungguhan pakcik berkenaan untuk mengekalkan hubungan baik dan romantis dengan isterinya.

Sebenarnya, untuk menghargai orang yang tersayang, harga dan barangan yang diberikan bukanlah perkara utama. Paling penting, usaha dan masa adalah kunci utama untuk menghargai insan yang istimewa dalam hidup.

Sumber: Tarsea.

Continue Reading
Advertisement

Trending