Connect with us

WTF

Ramai Obses Dengan Kecantikan, Khidmat Doktor Tak Bertauliah Pula Makin Menjadi2

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Malah, bagi sebilangan wanita kecantikan merupakan lambang keyakinan diri mereka ketika berhadapan dengan orang ramai.

Disebabkan itu, pelbagai jenis produk dan perkhidmatan kecantikan yang ditawarkan dipasaran bagi memenuhi keinginan para wanita untuk menghias diri mereka dan tampil dengan lebih yakin.

“Doktor tak bertauliah, tak takut ke?”

Di Twitter, hangat diperkatakan mengenai perkhidmatan kosmetik yang ditawarkan oleh sesetegah individu yang dikatakan tidak bertauliah.

Lebih menakutkan, mereka ini berani menawarkan khidmat kosmetik yang sememangnya mengerikan dan boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakai.

Boleh lapor kepada KKM!

Semoga wanita2 dilindungi dari buat benda bahaya ni!

Sudah tentunya, para netizen tidak bersetuju dan tak menggalakkan terutamanya kaum hawa untuk melakukan perkara ini terutamanya dibawah pantauan pakar yang tidak bertauliah.

Malah, sudah tentunya perkara ini haram dilakukan dalam islam kerana dianggap sebagai mengubah ciptaan Allah.

Sampai masa akan memakan diri…

Nak buat boleh, tapi tolong cari doktor yang bertauliah!

Allah dah bagi yang cukup sempurna!

Sungguhpun begitu, para wanita terutamanya yang beragama islam seharusnya mengetahui batas halal dan haram berhias mengikut hukum agama islam.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending