Connect with us

WTF

Ramai Sibuk Pulun Beli Roti Gardenia, Akhirnya Dibuang Begitu Sahaja!

Pernah satu tahap, rakyat Malaysia dikejutkan berita bekalan roti Gardenia habis di pasaran dan terhenti seketika pengeluarannya. Ekoran pembelian panik, ramai yang dikatakan membuat pembelian secara pukal tanpa meninggalkan sedikitpun kepada orang lain.

Walaupun syarikat roti seperti Gardenia telah mengeluarkan roti pada kadar maksimum, ia dikatakan begitu laku keras kerana orang ramai terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Sikap tamak akhirnya membazir…

Di Twitter, seorang oemuda berkongsikan beberapa keping gambar yang mengambarkan beberapa buku roti keping Gardenia yang menjadi rebutan ini, akhirnya terdapar di dalam tong sampah.

Sudah tentunya, perangai buruk ini meraih kecaman ramai kerana disebabkan sifat pentingkan diri, orang lain tidak dapat merasai r0ti ini yang akhirnya tidak di makan dan dibuang begit sahaja.

Jangan membazir, dah expired pun boleh guna!

Ekoran kejadian dua buku roti Gardenia yang dibuang, netizen dilihat sangat berang kerana roti berkenaan dikatakan masih boleh digunakan walaupun sudah tamat tempoh.

“Buatlah puding ke, bakar buat biskut ke…”

Simpan dalam peti, elak kulat!

Orang beli, dia pun sibuk nak beli jugak…

Roti rosak boleh buat baja bunga jugak!

Sifat tamak dan haloba sudah semestinya mendatangkan kerugian kepada banyak pihak. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk sentiasa bijak berbelanja terutamanya waktu-waktu genting ketika PKP ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending