Connect with us

Inspirasi

Rakyat Turun Padang Pasang Pelekat Sendiri Tengah-tengah Malam

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai kesesakan di PPV di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Video yang memaparkan suasana orang ramai yang dipercayai warga asing yang gagal mematuhi SOP itu didapati langsung tidak menjaga penjarakan fizikal.

Perkara ini mendorong sekumpulan lelaki untuk turun padang dan mengambil inisiatif sendiri dengan membuat tanda khas dan menampal pelekat bagi setiap 1 meter di atas jalan untuk penjarakan sosial.

Kerja-kerja itu dijalankan pada waktu malam semasa ketiadaan orang di kawasan sekitar.

Bangga dengan usaha ini

Inisiatif yang menggunakan tenaga dan duit sendiri ini digerakkan oleh MCplus, satu organisasi pusat tusyen atas talian terbesar di Malaysia.

Advertisement

Semangat mereka membantu dalam usaha melawan jangkitan Covid-19 ini mendapat pujian netizen yang rata-rata bangga dengan usaha mereka.

Sumber: Instagram @mcplus.my

Continue Reading
Advertisement

Trending