Connect with us

Inspirasi

Rakyat Turki Susun Barang Dapur Atas Jalan Raya Untuk Diambil Orang Miskin

Wabak covid-19 kini merebak hampir ke seluruh dunia. Pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan untuk mengelak virus itu daripada tersebar lebih luas lagi.

Hampir setiap negara melakukan perintah berkurung dan ramai diminta untuk kuarantin dengan duduk di rumah namun terdapat segelintir penduduk yang memerlukan barangan asas bagi meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini melalui laman media sosial Twitter, seorang lelaki bernama Zaid Hamid telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keprihatinan dilakukan oleh penduduk Turki.

Menerusi laman Twitternya, dia menulis bahawa rakyat Turki meninggalkan makanan di atas jalan raya untuk penduduk yang kurang kemampuan untuk membeli barangan.

Boleh dilihat dalam video rakyat Turki menyusun makanan tersebut di atas jalan raya dengan mengekalkan jarak antara satu sama lain.

Posting itu mendapat pelbagai respon netizen dimana ramai yang meluahkan rasa syukur dan berterima kasih terhadap mereka yang masih prihatin di saat genting seperti ini.

Kalau rakyat Turki boleh buat, kenapa kita tidak!

Subhanallah!

Mereka negara Islam yang sentiasa membuat kebaikan untuk orang lain

‘Good job!’

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending