Connect with us

Infozon

Rakyat Malaysia Puas, Selepas Ini Tiada Lagi Istilah ‘Cop Parking’ Merata Tempat

Kalau berjalan-jalan di pusat beli belah, perkara yang paling dibenci oleh semua orang pastinya adalah mencari tempat letak kenderaan. Kadang-kadang, terpaksa letak kereta agak jauh dan perlu berjalan untuk pergi ke tempat yang dituju.

Satu sikap rakyat Malaysia yang kurang disukai, malah boleh membawa ke arah pergaduhan adalah gemar untuk cop parking. Sehinggakan, ada yang sanggup menyuruh anak atau kenalan mereka berdiri ditapak letak kereta semata-mata tidak mahu diambil orang.

Tiada lagi istilah cop parking

Satu maklumat telah disebarkan melalui laman Twitter, dimana perbuatan cop parking berkenaan boleh dikenakan tindakan atas kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Tidak kisahlah cop menggunakan benda ataupun papan tanda.

Boleh hantar dan buat aduan…

Jika masih lagi berlaku kejadian cop parking tersebut, orang awam dinasihatkan agar membuat aduan melalui e-mail rasmi ataupun ajukan masalah tersebut menggunakan aplikasi whatsapp.

 

Masalah yang tak kesudahan!

Para netizen juga turut dilihat melepaskan geram dan berkongsi masalah yang sering dihadapi, mengenai cop parking ini diruang komen.

Kereta siap kene calar…

“Siap tulis jangan parking di sini…”

Kemain seronok cop parking!

Isu cop parking ini sudah lama berlaku dan sehingga sekarang tiada kata putus yang dapat dibuat. Jika dibiarkan perbuatan tersebut semakin menjadi-jadi, apabila ditegur sanggup melenting dan boleh membawa kepada pertengkaran.

Sumber: Media Selangor.

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending