Connect with us

Infozon

Penangan Covid-19, Rakyat Korea Beratur Panjang Untuk Membeli ‘ Mask’

Wabak Coronavirus yang menular sejak awal tahun lalu, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda keredaannya. Malah, seluruh negara termasuk Malaysia sendiri sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari lalu.

Menerusi perkongsian di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini jumlah kematian di beberapa buah negara sudah semakin meningkat.

Korea selatan berada di tangga kedua teratas!

Menurut perkembangan lanjut, ketika ini negara KoreaSelatan menduduki tangga kedua tertinggi yang terkesan dengan wabak coronavirus ini. Korea Selatan sehingga kini mencatatkan bilangan kes sebanyak  5,621 orang dan melibatkan 33 bilangan kematian.

Peningkatan mendadak ini dilihat sangat membimbangkan penduduk dinegara itu. Sehinggakan menurut satu perkongsian di laman Twitter, rakyat Korea Selatan ketika ini dilihat berpusu-pusu dan beratur untuk membeli penutup mulut.

Tahan diri untuk pergi ke mana2 negara ketika ini

Rakyat Malaysia terutamanya ketika ini disarankan untuk di pergi kemana-mana negara pada saat genting ini. Walaupun terdapat promosi tambang murah dilakukan sejak kebelakangan ini, orang ramai tidak dinasihatkan untuk mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan diri.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan dan juga perkembangan semasa ketika ini. Diharapkan lebih ramai yang mengamalkan pemakaian penutup mulut ketika berada diluar rumah.

Sumber: Twitter. 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending