Connect with us

WTF

Rakyat Indonesia Buat Hal Lagi, ‘Claim’ Baju Suku Kaum Dayak Malaysia Mereka Punya

Malaysia dan negara Indonesia sering kali bertelagah antara satu sama lain disebabkan adat dan bahasa yang hampir serupa. Bukan setakat itu, isu makanan dan budaya juga selalu menjadi pertikaian kerana masing-masing selalu menuntut asal usal perkara tersebut.

Satu lagi isu yang timbul kebelakangan ini, apabila rakyat Indonesia sekali lagi menuntut pakaian tradision suku kaum Malaysia kepunyaaan dan berasal dari negara mereka.

Pakai baju kaum Dayak…

Mr Global Malaysia, Chirst Chan telah mengenakan pakaian kaum Dayak ini pada pertandingan Mister Global 2019 telah diadakan di Bangkok, Thailand.

Posted by Missosology – Male Pageants on Wednesday, September 25, 2019

Gambar Chirst Chan kemudiannya telah dimuat naik pada laman rasmi Facebook pertandingan tersebut dan kemudiannya dihujani pelbagai komen dari kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Kostum Dayak Indonesia punya…”

Kebanyakan telah rakyat Indonesia agak tidak berpuasa hati kerana pakaian tersebut dikatakan milik mereka bukan Malaysia.

Kita berdua banyak persamaan!

Rakyat Malaysia juga turut tidak ketinggalkan untuk meninggalkan pandangan  mereka di ruangan komen. Ada juga turut menjelaskan bahawa kaum Dayak bukan hanya ada di Indonesia, malah Malaysia juga turut mempunyai kaum Dayak yang tersendiri.

Kenapa perlu nak bergaduh?

“Bikin malu aja”

Semoga ada kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia

Jelasnya, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu. Setiap negara pasti ada budayanya dan keunikan yang tersendiri. Malah, Malaysia dan Indonesia boleh dikatakan sebagai serumpun kerana berkongsi banyak persamaan.

Sumber: World of Buzz, Missosology Male Pageants

 

Continue Reading
Advertisement

Trending