Connect with us

WTF

[Rakaman CCTV] Sepasang Kekasih Sehati Sejiwa Mencuri Kasut Tanpa Segan Silu

Demi cinta dan kasih terhadap pasangan, ramai yang sanggup melakukan perkara yang disuruh oleh pasangannya itu. Walaupun jelas perkara itu salah disisi undang-undang, tetap juga dilaksanakan sebagai bukti cinta dan sayang antara mereka.

Semalam, tular sebuah video rakaman CCTV yang memaparkan kelakuan yang dikhabarkan sebagai pasangan kekasih, mencuri satu di salah sebuah outlet jenama terkenal.

Perempuan bertudung dan pakai jubah labuh!

Video rakaman CCTV ini telah dimuat naik sendiri oleh salah seorang pekerja di outlet berkenaan. Dalam video ini, jelas menunjukkan kelakuan mencuri sepasang kasut display di kedai itu.

Sehingga sekarang, video tersebut telah mendapat hampir 7,100 ribu ulang kicau dan 3,700 tanda suka oleh pengguna laman Twitter.

Masa ni staff tengah tak cukup!

Menjengah diruangan komen, pelbagai persoalan dan pandangan telah dilemparkan oleh para netizen kepada pasangan jenayah tersebut. Ada juga yang bertanyakan keberadaan pekerja yang ditugaskan pada ketika itu.

Dah siap sedia bawa pemotong harga!

Pakai labuh-labuh macam tu sebab nak mencuri je kot?

Disebabkan manusia macam ni, pekerja yang susah!!

Tudung labuh, iman tak ada…

Niat dari awal memang nak mencuri ke?

Dah banyak kes-kes yang melibatkan pasangan kekasih atau suami isteri yang sama-sama melakukan jenayah. Diminta terutamanya para wanita, disarankan agar mencari pasangan yang elok budi perkerti dan berakhlak!

Sumber: Yedhzulkafli.

Continue Reading
Advertisement

Trending