Connect with us

Inspirasi

Rakam Kenangan, Suami ‘Photoshoot’ Di Tempat Yang Sama Setahun Selepas Isteri Hamil Meninggal

Kehilangan insan yang tersayang pastinya menjadikan dunia gelap gelita.

Tapi atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang buat puteri tunggalnya, James Alvarez bangkit setelah kematian isteri tercinta dalam satu insiden kemalangan maut.

Advertisement

Walaupun telah setahun berlalu, Alvarez tekad untuk merakam gambar keluarga bersama ‘isteri’ dan anaknya Adalyn Rose sebagai kenangan.

Dilanggar dengan kandungan berusia 8 bulan

Menerusi satu posting di Instagram, isterinya Yesenia Aguilar telah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk ketika pasangan tersebut sedang mengambil angin untuk melihat matahari terbenam.

Advertisement

Aguilar yang ketika itu sedang sarat dengan kandungan berusia 8 bulan maut di hospital, manakala bayinya berjaya diselamatkan.

Pemandangan matahari terbenam satu kenangan yang pahit

Matahari terbenam sepatutnya menjadi pemandangan yang indah dan menenangkan, namun tidak bagi Alvarez.

Baginya setiap kali dia melihat matahari terbenam, memori hitam tentang kematian isterinya akan datang kembali.

Untuk memperingati isterinya, Alvarez dan anaknya Adalyn mengenakan pakaian merah jambu dan mengambil gambar bersama di lokasi photoshoot ibunya dahulu.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by James Alvarez (@__jamesalvarez)

Adalyn menyambut hari lahirnya pertama hari ini.

Walaupun tanpa ibunya disisi, menerusi Instagram Alvarez bayi itu dilihat gembira menerima hadiah hari jadinya.

Sumber : Instagram @_jamesalvarez

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending