Connect with us

Inspirasi

Rajin Tolong Bantu Di Rumah, Isteri Hadiahkan Suami Playstation 5 Sebagai Tanda Penghargaan

Menjadi kebiasaan orang lelaki apabila setibanya sahaja mereka di rumah dari tempat kerja, mereka akan terus bertukar kepada mod kepada MAKAN – MAIN – TIDUR. Namun, bukan semuanya lelaki serupa. Baru-baru ini telah tular di Tiktok satu video yang menarik perhatian para pengguna aplikasi tersebut.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna Tiktok @adlinayusof tersebut telah mendapat hampir 112 ribu tontonan di Tiktok.

“Thank you suamiku sebab bantu buat kerja rumah selama ini”

Di dalam video yang dikongsikan oleh Adlina tersebut, dia memperlihatkan kerajinan suaminya dalam membantu dia pergi ke pasar dan siang lauk-lauk basah yang dibeli bahkan suaminya juga bantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian dan mencuci pinggan.

Untuk menunjukkan rasa bersyukur dan menghargai usaha suaminya itu, Adlina telah menghadiahkan sesuatu yang telah lama diidamkan oleh hampir suaminya, iaitu Playstation 5!

Oleh kerana terharu dan terkejut dengan pemberian dari si isteri, suaminya sampai menangis dan dari riak wajahnya dapat dilihat betapa gembirnya si suami menerima kejutan sebegitu dari isteri tercinta.

Advertisement
@adlinayusof

Love #familyguy #loveofmylife #fyp

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Kalau macam ni, bukan PS5 je, Ferrari pun boleh bagi

Rata-rata netizen tersentuh dan memuji usaha Adlina yang cuba menggembirakan hati suaminya itu. Ramai yang meninggalkan komen-komen yang mengatakan sekiranya mereka memiliki suami yang rajin seperti ini, bukan setakat Playstation 5, Ferrari pun sanggup diberi kerana zaman sekarang sukar untuk menemui suami yang rajin dan memahami penat lelah seorang isteri.

Suami awak macam saya, cuma PS5 saya beli sendiri

Untung dapat suami macam ni, kepada suami2 di luar sana, rajin2 lah tolong ister, mana tau dapat jugak

Jom kita berazam untuk didik anak lelaki kita jadi begini, menantu akan berterima kasih tak terhingga

Jadi kepada suami-suami diluar sana, rajin-rajinkan lah tulang anda untuk membantu para isteri di rumah, kerana bukan apa, mungkin anda bernasib baik, dapat juga merasa hadiah-hadiah pemberian isteri.

Sumber: Tiktok

Advertisement

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending