Connect with us

Cute

Rajin Kemas Meja Makan Bantu Ibu Meniaga, Gelagat Anak Kecil Ini Buat Ramai Terharu

Setiap anak yang dilahirkan adalah umpama kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.

Baru-baru ini, sebuah akaun TikTok @founderqueenoil berkongsi video yang membuatkan ramai netizen terharu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sibuk mengangkat gelas kotor dari meja pelanggan. Difahamkan lagi, kanak-kanak itu sedang membantu ibunya berniaga di kedai makan mereka.

Tolong ibu kutip gelas2 dan bekas2 makanan kotor

@founderqueenoil

Sehat terus adek #foryoupage #fypシツ♡ #fyp #fypシ

♬ lagunya begini nadanya begitu cover aci – nona saidah

Di saat kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira bermain dengan rakan-rakan atau mungkin meluangkan masa di hadapan gajet, kanak-kanak kecil itu sanggup berkorban dan memilih untuk membantu ibunya berniaga.

Dari raut wajahnya, jelas kelihatan kanak-kanak itu seronok membantu ibunya di kedai makan berkenaan. Malah, gelagatnya nampak lebih bersemangat berbanding si ibu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan serta kerajinan kanak-kanak tersebut. Mana tidaknya, usia sekecil itu sudah pandai membantu ibu bapanya berniaga.

Semoga sihat selalu

Semoga jadi lelaki yang hebat kelak

Dah besar nanti jadi peniaga yang berjaya ya

Aku yang dah besar pun masih bebankan keluarga

Anak yang soleh

Comelnya adik ni. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbakti kepada ibu bapa dan keluarga ya!

Sumber: TikTok @founderqueenoil

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending