Connect with us

WTF

Raja Thailand Bawa 20 Orang Gundik Bersama Kuarantin Di Hotel Mewah

Jumlah kes Covid-19 di Thailand semakin meningkat saban hari. Setakat ini lebih 1,524 rakyat Thailand dijangkiti wabak novel coronavirus yang menular di negara Asia ini.

Pihak kerajaan Thailand juga telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di negaranya. Rasa takut dengan keadaan ini, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menempah sebuah hotel mewah di Jerman untuk menginap di sana sepanjang kuarantin.

Kuarantin di hotel mewah Sonnenbichl

Keputusan itu dilakukannya apabila melihatkan keadaan Thailand yang menunjukkan peningkatan jumlah rakyat positif Covid-19.

Menurut sumber, Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan telah membuat tempahan di seluruh hotel mewah Sonnenbichl dengan mendapat akses istimewa di Bandar Resort Alpine, Garmisch-Partenkirchen.

Turut ditemani 20 gundik istana

Walaupun begitu, bukan dirinya sahaja yang turut berada di sana tetapi Raja Maha Vajiralongkorn, turut membawa 20 gundik bersamanya menginap di hotel mewah tersebut bersama sekumpulan pembantu.

Menurut sumber, Raja yang berusia 69 tahun itu turut merancang untuk membawa lebih ramai lagi, namun 119 ahli rombongannya terpaksa pulang ke Thailand kerana dikhuatiri berpotensi membawa wabak novel coronavirus.

Vajiralongkorn menjadi raja berperlembagaan setelah ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej meninggal dunia pada Oktober 2016 selepas 70 tahun menduduki takhta.

Sumber: New York Post

Continue Reading
Advertisement

Trending