Connect with us

Inspirasi

Raih Pujian! Lelaki Redah Bahaya Demi Selamatkan Nyawa Pengguna2 Jalan Raya

Tidak semua orang sanggup untuk berkorban dan membahayakan diri demi kesejahteraan orang lain. Lebih-lebih lagi, zaman moden ini lebih cenderung untuk menguruskan diri sendiri dari mengambil tahu hal sekeliling.

Di Twitter, video rakaman tindakan seorang lelaki yang mengalihkan serpihan tayar diatas jalan raya berjaya meraih perhatiah warga pengguna laman tersebut.

Dah lah kereta semua laju-laju…

Video tersebut telah dimuat naik oleh isterinya yang sedang menunggu di tepi bahu jalan. Walau bagaimanapun, tindakan murni suaminya itu juga turut mengundang beberapa kritikan segelintir netizen.

Tindakan yang dilakukan itu sememangnya bagus, tetapi pada masa yang sama bakal membahayakan dirinya sendiri.

Namun, menurut penjelasan si isteri, sikap si suami itu memang begitu lebih-lebih lagi dia terlihat sudah ada kenderaan yang menganggar serpihan itu sehinggakan tayarnya mengeluarkan percikan api.

Terima kasih, memang bahaya untuk penunggang motor

“Utamakan keselamatan diri…”

Alhamdulillah, besar pahala dia…

Pahala mengalir, selamatkan nyawa ramai orang

“Bagus, tapi memudaratkan diri…”

Sememangnya susah untuk bertemu dengan insan yang sanggup berkorban demi keselamatan orang lain. Tahniah dan terima kasih!

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending