Connect with us

WTF

Pusat Jagaan Orang Tua Serba Daif, Habiskan Sisa2 Hidup Atas Katil Simen

Avatar

Published

on

Kisah ibu bapa yang sering diabaikan anak pasti menjadi perkara yang menyentuh hati siapa sahaja. Jika dikira jasa dan pengorbanan mereka, pasti tidak akan terbalas.

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun mereka tidak mengharapkan sebarang balasan namun tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin.

Tetapi hiba melihat keadaan di sebuah pusat jagaan orang tua di Jawa Timur yang telah ditinggalkan oleh keluarga mereka apabila mengenangkan kesukaran yang dihadapi oleh warga emas ini.

Dalam usia yang semakin menginjak tua dan masalah kesihatan yang tak mengizinkan, warga emas ini amat memerlukan jagaan dan kasih sayang anak-anak disisi mereka.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidur beralaskan simen, bersandarkan dinding batu dengan ketiadaan elektrik.

Fasiliti yang disediakan untuk warga tua berkenaan kelihatan dalam keadaan daif dan serba kekurangan berbanding di Malaysia yang sekurang-kurangnya mempunyai cadar dan katil secukupnya.

Posting yang dikongsi di laman Instagram Makassar Info mengundang keprihatinan dan rasa sebak warganet setelah melihat warga emas yang kurang berupaya meneruskan sisa-sisa hidup dalam keadaan seperti itu.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending