Infozon
Punca dan penjagaan masalah urat simpul di kalangan ibu hamil

Memang kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, malah juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.
Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali.
Ia lebih banyak berlaku pada kaum wanita berbanding lelaki.Kadangkala ia boleh membuatkan kaki terasa berat.
Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.
Bagaimana vena varikos terjadi?
Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.
Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.
Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.
Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.
Punca dan risiko?
1. Keturunan
Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.
2. Umur
Vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.
3. Berdiri terlalu lama
Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.
4. Gemuk berlebihan
Perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.
5. Kehamilan
Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.
6. Trauma
Trauma kecederaan yang melibatkan vena, terutamanya di kaki.
7. Darah beku dalam vena
Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
8. Penyakit
Penyakit yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti liver cirrhosis, air berlebihan dalam perut (ascitis).
Simptom vena varikos
Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh menyebabkan simptom-simptom lain yang sangat tidak menyenangkan seperti :
- Kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku
- Bengkak pada tapak kaki dan buku lali
- Kejang otot pada waktu malam
- Lenguh kaki dan terasa berat.
- Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
- Kudis di buku lali yang sukar baik.
Langkah penjagaan
1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.
2. Elakkan daripada berdiri terlalu lama
3. Tinggikan kaki anda semasa duduk (Gunakan bangku kecil atau kotak) atau semasa berbaring
4. Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.
5. Lakukan senaman untuk menggalakkan peredaran darah seperti (Berjalan)
6. Jangan memakai kasut bertumit tinggi atau stoking yang terlalu ketat
7. Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.
8. Terdapat juga pelbagai jenis seluar ketat (tights) dan stokin khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba pakai untuk mengelakkan darah dari berkumpul pada kaki.akai seluar ketat atau stokin ini sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang untuk berkumpul di kaki.
Tiada jaminan seluar ketat atau stokin ini dapat menghalang urat simpul daripada berlaku atau menghalangnya daripada menjadi teruk, tetapi ia mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasa.
Bagi ibu hamil, sekiranya Vena varikos masih kelihatan selepas dua bulan melahirkan anak, sila berjumpa dengan doktor yang berkenaan.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit