Connect with us

WOW

Puluhan Murid Maut, Tahfiz Terbakar Masa Mengaji Al-Quran

Sekurang-kurangnya 26 murid lelaki dan dua guru maut dalam satu kebakaran madrasah berhampiran ibu kota Liberia, semalam.

Jurucakap polis, Moses Carter berkata, mereka yang berusia antara 10 dan 20 tahun itu sedang belajar al-Quran ketika api merebak di kawasan terbabit.

Lebih menyayat hati apabila mangsa tidak dapat keluar dari bangunan akibat terperangkap disebabkan jeriji besi pada tingkap serta tiada pintu kecemasan.

Walau bagaimanapun, kebakaran dipercayai daripada litar pintas namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

“Kami berada di sini untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa supaya tabah kerana agak menyakitkan kehilangan anak anda dengan cara ini.
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga. Punca kebakaran belum diketahui namun kami akan menggesa penyiasat mencari puncanya,” kata Presiden, Presiden George Weah.

Untuk pengetahuan, majoriti rakyat Liberia beragama Kristian namun masih terdapat minoriti Islam dalam kalangan 4.5 juta penduduk.

Sumber : Al Jazeera

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending