Inspirasi
Pulangkan Cek RM10.4 Juta Yang Tercicir, ‘Cleaner’ Dinaikkan Pangkat Atas Kejujuran

Dalam bekerja keras mencari rezeki hampir setiap hari, seseorang itu perlu mempunyai sikap amanah dan tanggungjawab supaya tidak menyalahgunakan jawatan atau kuasa atas kepentingan tertentu.
Sekiranya memegang prinsip tersebut, nescaya orang di sekeliling akan memandang tinggi selain dikurniakan keberkatan olehNya tanpa melalui banyak kesulitan dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini, seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Halimah menjadi bualan dalam kalangan warganet Indonesia selepas kisah kejujurannya tular di media sosial.
Memetik laporan Kompas.com, wanita berusia 29 tahun itu terjumpa sebuah beg dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) dipercayai milik seorang penumpang ketika bertugas di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta.
Tanpa memeriksa apakah isi kandungan dompet berkenaan, dia terus melaporkan kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) berhubung insiden itu.
Namun, alangkah terkejutnya setelah pegawai memeriksa mendapati dompet berwarna coklat itu mempunyai cek tersebut selain lima buah buku bank serta sebuah pasport.
“Besar atau kecil nilainya, ia tetap bukan milik kami, justeru sudah kewajiban bagi petugas di lapangan untuk melaporkannya,” kata Halimah seperti dipetik daripada laporan Tribun Jakarta.
Kagum dengan sifat kejujuran Halimah, Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani berbangga sekali gus menunjukkan penghargaan kepada wanita terbabit dengan memberi ganjaran kenaikan pangkat sebagai penyelia.
Sumber: Kompas.com

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit