Connect with us

Inspirasi

Pulang Jemaah Tabligh, Anak Tahfiz Pula Hidupkan Wad Kuarantin Dengan Solat Berjemaah

Jika sebelum ini banyak kita dengar kisah pesakit Covid-19 yang terdiri daripada golongan tabligh mengimarahkan wad di hospital dengan aktiviti keagamaan dan solat berjemaah.

Terbaru, dimaklumkan Sendayan, Negeri Sembilan menjadi kluster terbaru disyaki Covid-19 selepas  39 kes termasuklah 13 pelajar tahfiz.

Berikutan satu kematian disebabkan Covid-19 berlaku sebuah pusat tahfiz di Sendayan, justeru kesemua penghuni terpaksa dikuarantin di hospital.

Imarahkan wad dengan solat Jemaah

Namun, walaupun dikuarantin pelajar-pelajar tahfiz ini masih cuba untuk mengimarahkan wad hospital dengan melakukan solat jemaah.

Gunakan ilmu sebar kebaikkan

Ini menunjukkan setiap didikan dan ajaran yang mereka pelajari diamalkan serta dipraktikan sebaik mungkin meskipun dalam apa jua keadaan.

Ada hikmahnya mengapa mereka diuji dengan wabak penyakit ini, semoga kesemua yang dijangkiti segera sembuh dan dipelihara daripada wabak ini.

Sumber : Rahmah Al Gumgumi

Continue Reading
Advertisement

Trending